INFO TKKMM

Buat julung kalinya, semua syarikat telekomunikasi utama negara hari ini berganding bahu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menubuhkan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dan sumbangan boleh dibuat menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tabung Kemanusiaan berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Tabung Gempa Sabah, boleh berbuat demikian dengan menaip GEMPA<jarak>1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40, 50 atau 100 untuk sumbangan bernilai RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40, RM50 atau RM100 dan hantarkan kepada 13999 pada telefon bimbit masing-masing.

Setiap nilai derma akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung berkenaan tanpa potongan tambahan daripada amaun yang diderma.

Nota : Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) untuk Tabung Gempa Sabah dibuka.

 

Copyright © 2015 Malaysian Communications and Multimedia Commission. All Rights Reserved.